Saturday, March 19, 2011

Supermoon dan jepun..

Ok,aku main rembat je fakta nie. Haha cowie. Pape pown,aku rembat fkta nie utk k'baikan sume. So,renung n bce k..


Istilah supermoon atau
fenomena dimana bulan terlalu
hampir dengan bumi mencetus
spekulasi tentang terjadinya
gempa bumi dan tsunami baru²
ini di Jepun.

Namun sejauh mana
kebenaran tentang fakta
tersebut ? Adakah peningkatan
kekuatan graviti bulan mampu
menggugat keseimbangan
persekitaran bumi ?

Merujuk kepada istilah
supermoon yang dicipta oleh ahli
astronomi, Richard Nolle pada
1979 menyatakan;
“ a new or full moon which
occurs with the Moon at or near
(within 90% of) its closest
approach to Earth in a given
orbit (perigee). In short, Earth,
Moon and Sun are all in a line,
with Moon in its nearest
approach to Earth. Rujukan
wikipedia

Selain itu .. menurut keterangan
dari Dr James Garvin, ketua
saintis di NASA Goddard Space
Flight Center pula, supermoon
adalah suatu keadaan dimana
bulan sedikit lebih dekat ke bumi
dalam orbitnya daripada
keadaan biasa dan paling
menonjol ketika keadaan bulan
purnama. Jadi ketika itu anda
akan melihat bulan kelihatan
lebih besar dari biasa.
Kesan akibat fenomena itu akan
mencetuskan kejadian pasang
surut air laut yang luar biasa.

Namun .. keadaan itu dilihat oleh
saintis sebagai keadaan
fenomena biasa dan tidak
menggugat keseimbangan plat
tektonik bumi sehingga
terjadinya gempa bumi dan
tsunami.
Berbalik kepada spekulasi meluas
ekoran gempa bumi di Jepun
pada 11 Mac 2011 dengan
fenomena supermoon .. adalah
salah sama sekali. Ketika itu,
bulan berada tidak terlalu dekat
dengan bumi ataupun dalam
fasa bulan baru (new moon) dan
bulan penuh. Jadi dakwaan
tersebut tidak boleh dikaitkan
dengan supermoon.
Untuk makluman semua .. pada
19 Mac 2011 ini, bulan akan
berada pada kedudukan 221.567
batu dari Bumi, berbeza dengan
jarak keadaan sebenar bulan itu
sekitar 239.000 batu. Jadi kalau
korang nak buat pencerapan dan
melihat permukaan bulan
dengan lebih jelas. Tunggu la
malam tu. Mesti nampak clear !

Fakta Tsunami Jepun

Fakta menarik tsunami.

Gegaran terkuat pernah melanda Jepun.

Gempa bumi kelima terkuat didunia sejak 1900.

8000 kali ganda lebih kuat
berbanding dengan gempa bumi
yang melanda New Zealand,Febuari 2011 lalu.

700 kali ganda lebih kuat
berbanding gempa di Haiti,tahun 2010 lalu.

Menggerakkan pulau Honshu 2.4meter ke timur.

Mempercepatkan putaran bumi
sebanyak 1.6 mikrosaat, menurut NASA.

Memusnahkan dasar lautan
sepanjang 300 kilometer dan
selebar 150 kilometer.

Berpunca daripada plat tektonik
gergasi terperosok ke bawah
plat lain, iaitu pergerakan bumi
yang sama seperti gempa bumi
yang menyebabkan tsunami
pada 2004 di Asia.

Tenaga yang dilepaskan gempa
itu bersamaan dengan
penggunaan kuasa selama
sebulan di seluruh Amerika
Syarikat.

Sistem amaran gempa bumi
Jepun memberikan penduduk
Jepun tempoh 15 saat untuk
berlindung sebelum gegaran
berlaku.

SORRY..

Elow sume! Fuh,lame dah kowt ta update blog. Sory ye follower skalian. Aku buzY dgn skola n exam ape sume la. Hehe cowie yewp!

Akue pn tataw nk update psl pe actually. Blur gak,lame ta b'blogging.hehe. Cuti aku cm biase je. G library,stdy,smbl dting sket.hehe. Hmwrk? Oh,mmg siap. Haha bjet stdnt cmerlang lak. Maths je pown yg siap. Kimia? Ta perlu tnye. Huhu.

Cuti ta g ane2 pown. G melake jewp kowt? Itu pn mahkota parade je. Sbb time tu da ckup ptg. Huhu.

Papep pown,aku akn update blog aq yg ta cntik,chomot and boring ini sekerap mungkin next time. Hehheee tata..