Ok. Arini aq ade bebrape tips-tips Berjaya dalam Hidup. Hope dpt bg korg smngt utk brjaya. Hehe.
Manurut pakar motivasi, antara
tips untuk memajukan diri
adalah dengan cara MENCABAR
DIRI.Menurut Dr. Tengku Asmadi,
langkah-langkah untuk
mencabar diri adalah seperti
berikut:
1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi
Apabila satu matlamat dicapai
maka teruslah menetapkan
matlamat baru yang lebih tinggi
lagi. Misalnya, dulunya sebagai
seorang pelajar kita sering dapat
nombor yang tercorot dalam
kelas maka letaklah matlamat
untuk meletakkan nama kita
dalam 10 pelajar terbaik. Cabar
diri untuk berusaha bersungguh-
sungguh mencapai sasaran itu.
Kalau satu hari kita berjaya
merealisasikannya, maka mula
letakkan sasaran baru untuk jadi
pelajar nombor 1 pula. Kalau kita
seorang usahawan maka
letakkan sasaran untuk
mengembangkan perniagaan
kita ke seluruh pelusuk negeri
bukan sekadar berniaga
setempat sahaja. Kalau sasaran
itu dicapai, cabar diri dengan
sasaran baru untuk
mengembangkan perniagaan ke
seluruh negara dan tidak
mustahil selepas itu sampai ke
peringkat antarabangsa pula.
Sasaran yang tinggi ini sentiasa
membuatkan kita memandang
ke depan. Hasilnya, tanpa kita
sedari kita semakin hari semakin
maju dalam bidang yang kita
ceburi tersebut.
2. Cemburu Dengan Kejayaan
Orang Lain
Lihat mereka yang lebih berjaya
dari kita. Kalau orang lain boleh
kita juga boleh. Untuk maju kita
mesti cemburu dengan kejayaan
orang lain dan cabar diri kita
untuk berusaha lebih dari orang
lain. Kalau kita tidak tahu
bagaimana mahu melakukannya
maka belajarlah dari mereka
yang telah berjaya. Buka mulut
dan bertanya. Jangan sekadar
berdiam diri kerana tiada apa
yang berlaku kalau kita tidak
bertindak. Baca kisah-kisah
kejayaan orang lain, hayati
bagaimana mereka menghadapi
cabaran dan menyusuri liku-liku
kepayahan sebelum nama
mereka tersohor. Sikap cemburu
dengan kejayaan orang lain ini
mestilah ditanam untuk
membentuk suatu persaingan
yang sihat bukannya cemburu
yang membawa kepada sifat
dengki dan irihati yang
membuatkan kita mengambil
langkah-langkah buruk
menjatuhkan saingan kita.
Perasaan cemburu ini patut
terbit lebih-lebih lagi apabila
mereka yang lebih lemah, lebih
muda, dan kurang upaya dari
kita mampu mencapai satu
pencapaian yang luar biasa.
Saudara Abdul Halim, seorang
yang kudung kaki dan tangannya
tetapi boleh belajar masuk
universiti, keluar sebagai
akauntan, buka syarikat sendiri
dan pernah terima anugerah
daripada PM Malaysia. Tak
cemburukah kita?
3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati
Sikap cepat berpuashati adalah
penyakit yang menghalang diri
kita untuk terus berjaya. Apabila
kita sudah meraih pendapatan
RM10,000 sebulan kita mula rasa
selesa dan kita berkata, “Aku ni
kira oklah, berapa kerat sangat
orang yang meraih pendapatan
lima angka sebulan. Sekurang-
kurangnya dah ada rumah
sendiri berapa ramai lagi orang
yang tidak mampu beli rumah.
Kira ok lah aku ni… ”. Sikap
puashati beginilah yang
membuatkan kita berhenti untuk
berusaha dan mencipta kejayaan
yang lebih besar lagi. Kenapa
tidak kita ambil contoh orang
yang lebih berjaya dari kita?
Kenapa sering membandingkan
diri dengan orang yang lemah
dan kurang dari kita? Bandinglah
dengan mereka yang lebih
berjaya, yang memiliki bangunan
sendiri, yang menjadi jutawan,
yang berkereta mewah, yang
memiliki rumah-rumah untuk
disewakan dan sebagainya maka
barulah tercabar bahawa kita
belum lagi OK! Jadi, usah lagi
berpuashati dengan pencapaian
kita kerana setiap kali kita
berjaya maka kita pasti boleh
pergi lebih jauh lagi.
4. Soal Diri Dengan Soalan Positif
Untuk berjaya, soal diri dengan
soalan-soalan yang positif.
Misalnya, soalan-soalan seperti
berikut hanya membawa diri kita
untuk merasa lemah dan tidak
berdaya:
Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa
malang?
Kenapalah orang semua tak suka
aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?
Sebaliknya soalan-soalan berikut
pula akan membuatkan kita
berfikir, mencabar diri dan
membolehkan kita mengumpul
kekuatan untuk atasi setiap
halangan.
Apa yang belum aku lakukan
lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan
20% lagi pendapatan aku bulan
depan?
Apakah kelebihan diri aku yang
belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran
untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?
Jadi kita tidak berjaya kerana
bertanyakan soalan yang salah
kepada diri kita. Oleh itu berhati-
hatilah dengan suara hati. Nilai
betul-betul soalan yang kita
tanyakan pada hati kita adakah
ia akan mencabar kita untuk
terus maju atau hanya
melemahkan kita.
Ok r,ckup la tu. Pnat mate korg kalo aq bg byk2. Towl x? Yg pnting,smangat nk brjaya msti kuat. Chaiyok!!
No comments:
Post a Comment